Honda Civic Si
Honda Civic Si

Honda Civic Si

Honda Civic Si ialah sebuah trim sport kompak bagi model Honda Civic. Trim Si (Sport Injected atau Injeksi Sport) mula diperkenalkan untuk Honda Civic generasi ketiga di Jepun dan Amerika Utara. Di Kanada dan tempat lain pula, trim itu dikenali sebagai SiR untuk generasi keenam dan ketujuh, kerana lencana "Si" di sana digunakan untuk model Civic EX pasaran Amerika Syarikat (USDM).[1] [2]Untuk pasaran Jepun dan Eropah, Civic Type R telah diadaptasikan sebagai varian berprestasi tinggi bagi model Civic, yang bermula dengan hathcback EK9 pada tahun 1996 bagi pasaran Jepun dan disusuli oleh hatchback EP3 pada tahun 2001 bagi pasaran Eropah. Pada tahun 2017, Honda Civic Type R buat kali pertamnya dijual di Amerika Utara. Sebelum ini trim Si adalah trim yang tertinggi di Amerika Utara (tidak termasuk kenderaan Acura). Walaupun Civic Type R mempunyai enjin yang lebih berkuasa, tambahan pula ia tersedia dalam konfigurasi yang lebih berorientasikan trek termasuk kurang pengedapan suara dan kemudahan, sebaliknya Civic Si pula lebih cenderung kepada trim sukan berciri lengkap yang menampilkan pilihan-pilihan mewah, seperti bumbung matahari dan sistem audio tujuh pembesar suara. [3]

Rujukan

WikiPedia: Honda Civic Si http://www.honda.ca/hfp http://www.canadianautoreview.com/honda_civic_sir.... http://www.canadiandriver.com/2004/04/30/test-driv... http://automobiles.honda.com/civic-sedan#build-pri... http://www.honda.com/newsandviews/article.aspx?id=... http://s260.photobucket.com/albums/ii27/LittleReez... https://arstechnica.com/cars/2017/04/first-ever-us... https://www.caranddriver.com/news/a37989825/2022-h... https://web.archive.org/web/20100805091735/http://... https://web.archive.org/web/20101121030122/http://...